seorang kawan pernah beritahu aku dia jatuh cinta dengan seorang lelaki yang dia kenal melalui alam cyber. bermula perkenalan di ruangan sembang mesra, masing2 mula rapat setelah bertukar2 id yahoo messenger. saling bertukar kisah, berkongsi cerita suka dan duka dan tanpa disangka dia mula jatuh cinta dengan lelaki tersebut dan dia merasakan lelaki tersebut juga berperasaan yang sama dengannya.
satu hari, di mana silapnya dia jumpa si lelaki flirting with the other girl at another laman sembang. dia cemburu. dan disoal siasat lelaki itu bertubi-tubi. dan akhirnya, she connfessed to him that she likes him!
rupanya cintanya hanya bertepuk sebelah tangan. lelaki itu rupanya hanya menganggapnya sebagai kawan biasa yang paling akrab. dan si gadis itu akhirnya menjauh dari si lelaki terbabit. benci kerana rasa ditipu dan dipermainkan perasaan hati. apatah lagi dengan perkataan 'i love you' yang dia anggap benar selama ini hanya suatu gurauan semata dan tidak lebih dari itu sedikit pun.
kisah lain pula kali ini.
lelaki lain pula beritahu aku ada seorang gadis jatuh cinta padanya. dua-dua di alam cyber . saling tidak pernah berjumpa tetapi si gadis dah develop feeling pon pada lelaki terbabit. si lelaki datang pada aku dan mengadu, dan mengatakan padaku . dia tidak boleh kerna dia seorang OKU. dan perempuan itu pula terlalu baik dan tidak layak untuknya.
dalam diam, aku mengeluh. dua kisah berbeza tapi satu konklusi sama.
apa bezza 2 jenis lelaki di atas? cinta boleh dipupuk hanya melalui alam maya? melalui kata-kata?
susah tapi itulah realitinya.
sampai aku sambung lagi kisah-kisah ini.
assalam

No comments:
Post a Comment