malam jumaat. paling kurang, aku ambil masa 1 jam termenung atas tikar sejadah. tadi singgah kedai, tak lalu nak makan .. jadi, beli satay saja. alhamdulillah. itu pun da bersyukur masih punya kaki dan tangan serta cukup deria untuk makan dan minum.
jamah satay 4 batang, aku bergegas ke bilik air mengambil wudhu'. usai solat, aku pegang mashaf kecil penuh takzim konon mahu baca yassin. oooooohhhhhh tetibe lupa. kita-kita ini bidaahnya lebih. adat dan agama banyak orang sanjung adat lagi. aaaaahhhh, batalkan niat aku cari surah feveretku malam jumaat. lagi berpahala sebab lebih berfadilat.
al-kahfi. surah yang betul2 kedudukannya di tengah-tengah kalam tuhan yang agung itu. baca dan cari maknanya. entah kenapa, pandanganku tertancap pada perkataan pemuda-pemuda. haihh, dalam resah aku panjat doa padanya agar tunjukkan aku jalannya.
"saya tahu hidup kita memang dah tertulis sejak azali. tapi saya juga tahu saya takkan pernah berputus harap pada awak "
Terngiang-ngiang ayat itu. Kalaulah aku begitu..ah kenapa mesti kalau lagi. Kalaupun ia, ah tak mungkin!
masih adakah?
4 comments:
mendalam maksud. saya suka entri ini :)
orked: mendalam ke? mcm bese je kot.huhu
ada penghayatan gitu2 :D
superpornstar : angpa ni cam pompuan ja .kan? ;D
Post a Comment