Friday, 6 May 2011

6.5.11 = 6+5 = 11

tarikh hari jumaat kalau jam belum menunjukkan pukul 12 la kat tempat korang. haha! terperasan pulak betapa significant nombor 11 ini tahun ni. dan sebenarnya no 11 di bulan 11 di tahun 2011 ini juga suatu target yang aku letak untuk lihat keputusan tuhan. jika tiada apa-apa, aku akan berhenti berharap dan menjauh dari realiti saja. mungkin itu yang terbaik .

dalam jam lebih kurang 8 malam, aku dikejutkan dengan berita gembira dari seorang rakan. dulu, doktor pernah bilang padanya dia tidak mungkin boleh melahirkan anak kerana itu akan membahayakan nyawa anak dan nyawa beliau. dulu, dua tahun dulu. ketika pertama kali aku berkenalan dengannya. alhamdulillah. dia dah dapat baby pun sekarang. sihat dan gebu2 sahaja. kuasa tuhan kan? aku tersenyum dengan kemenangannya itu. nyata sekali, jika Allah menghendaki ia terjadi, jadilah ia. bukan begitu maris?

ah, aku ambil berita ini untuk pujuk diri aku sebenarnya yang tidak punya apa-apa rasa. tiada manusia normal juga boleh berfikir aku mampu melakukannya. apa lagi aku sendiri. rendah diri lagi? bukan, cuma aku tahu tiadalah apa yang aku boleh perbuat untuk memperbetulkan semuanya kembali. zero.null. void ab initio.!!!

060511 ~ tahniah kak nor dan suami, sekurang2nya aku dapat rasa keajaiban itu ada walaupun keputusannya negatif di paras bahaya. semoga anak itu kelak tabah punyai ibu bapa seperti kalian .

No comments: