aku semakin kerap jatuh tiba-tiba sejak akhir-akhir ni. menapak 2 3 langkah, jatuh terus. doktor kata aku tiada penyakit. tiada penyakit. normal je macam gadis lain. diagnos juga mengatakan sihat. bertahun-tahun aku ulang alik hospital sana sini, jawapan sama juga. aku bosan.
penat menangis dalam diam. penat menangis di bawah simbahan pancuran air. penat juga menangis kerana makan hati. penat juga menangis kerana sering dituduh suci. penat juga mnangis kerana terpaksa korbankan seluruh rasa. penat juga mennangis mencari kasih sayang manusia. penat juga menangis kerana terpaksa berpura-pura. penat juga menangis kerana besarnya diri di depan orang. lagi penat menangis kerana menahan sakit yang tak tahu punca. juga lagi penat menangis kerana tidak tahu, sampai bila kesakitan ini akan berakhir. lagi sakit menangis kerana aku tahu aku tiada punya penawar untuk semua yang terjadi. apa aku masih punya sisa kekuatan lagi?
kadang-kadang aku terbayang bagaimana situasi kalau aku masih punya ibu. adakah aku adalah aku yang sekarang? cinta, sayang, kasih dan persahabatan. heh. semuanya aku terpaksa lalui dalam kesakitan. susahnya mau menjadi sesetia hamba yang sebenar-benar hamba.
dunia masih terus menghukum. penat mencari dan rumah putih yang sering aku kunjungi juga sudah lama aku tinggalkan. tidak mahu untuk aku kunjungi lagi. bosan dan muak kerana tiada apa yang aku dapat. seolah-olah hanya mencurah air ke daun keladi. nampak macam sarkastik bukan?
aku masih menunggu kalau keajaiban itu tiba. mimpi-mimpi yang aku lewati saban malam selama bertahun, mungkin hanya mainan tapi aku masih berharap kalau ia ada. aku juga janji dengan diri sendiri, mahu jadi seseorang dalam diri anak-anak yatim yang lain.
ia tekadku dari dulu. cuma tunggu masa.
No comments:
Post a Comment