Monday, 6 June 2011

lelaki berbaju putih

masa kecil, aku ada satu impian. tahu apa? mahu kahwin dengan lelaki berbaju dan berkot putih.

berangan kan?hahahaha. memang sangat!
cuma terbayang wajah doktor tadi. muda, kacak, wajah manis, dan sawo matang kulitnya. aku agak dia bukan melayu sebab nampak rantai emas terkalung di sebalik kemeja belangnya. entahlah. sangkaanku saja mungkin.

aku ingat aku berjaya goda dia dengan alasan sampah yang konkrit, nyatanya dia jujur. jarang mahu jumpa doktor muda zaman sekarang yang jujur. tapi tidak pada doktor tadi. mujurlah dia tidak menerima tawaranku. kalau tidak, aku berdosa juga. alhamdulillah.

jika dia bukan muslim, aku doakan smoga hidayah Allah itu jatuh ke atasnya. amin. aku ikhlas mendoakannya. dan aku juga tak menolak kemungkinan itu ada.

*dia kata aku muda. lagi dia kata dia baru 3 tahun bergelar doktor. jadi, aku bajet umur dia 3 tahun tua dari aku.
*semoga hidayah Allah itu menaungi kita semua.
amin.

2 comments:

beautiful_rose said...

owh,begitukah harapnya ada sinar buat diakan.

frozen smile said...

rose : insyaallah..doakan juga ya;p