Thursday 14 July 2011

bermula cerita

bermula sebuah cerita. tahun itu tahun 2002. sebelum menerima tawaran untuk masuk ke sebuah universiti, aku putuskan untuk sambung belajar di sebuah sekolah arab yang sangat popular di negeri kelahiranku. walau tempoh itu tidak lama, kenangan di situ cukup beri aku erti yang sangat besar jiwanya pada seorang aku.

ditempatkan di kelas terpandai, namun atas alasan kesihatan .. aku pohon agar ditempatkan saja aku di kelas biasa. tidak perlu ulang alik dan berjalan sejauh mungkin untuk masuk ke kelas pandai walau sebenarnya aku mampu saja untuk itu. alasan bukan? itulah aku. hatta setiap seinci perkara aku harus fikir setiap tindakn yang di ambil. sedih, ya .. sampai sedih itu dah tiada makna bagi aku.

beberapa nama dan wajah malayang-layang di tubir mata. teringat sebuah kisah di mana sang adam cuba mengintai sang hawa. secara diam dan sembunyi, tiada suara tiada rupa. dan aku juga tiada pernah ambil kisah siapa dia lantaran kurangnya diri ini. sehinggalah suatu hari beberapa bulan setelah aku mendapat tawaran ke universiti, dia hadir memberikan sebutir bintang yang tidak pernah ak impikan sebelum ini.

dan kau tahu sekarang. aku sedang merindui dia yang pernah buka satu cahaya dalam hati aku.
maafkan aku. itu saja mampu aku katakan.

2 comments:

Pembunuh Tanpa Bayang said...

kau menolak dia?

frozen smile said...

pembunuh :
bukan menolak dan bukan juga mengiyakan