tahu siapa ambiga?
Peguam Lina Joy. Peguam bela bagi seorang gadis yang murtad, menukar agama dari Islam kepada Kafir. Seorang Peguam yang beria-ia menuntut kebebasan beragama di Malaysia. Seorang Peguam yang beria-ia mahu membuang kedudukan istimewa orang Melayu dalam Perlembagaan. Seorang Peguam yang sangat maju memperjuangkan hak kesaksamaan wanita dari semua agama supaya sama.
Dan hari ini, dia disokong oleh segolongan Muslim dan sebilangan besar Melayu yang dulunya membenci dan mengutuk peguam ini. Hari ini, dia tersenyum bangga kembali kerana disokong dan orang-orang Melayu Islam kembali menjilat ludah masing-masing demi sebuah keBERSIHan dan penuntutan pilihanraya yang sangat telus yang dipimpin oleh Ambiga ini.
Soalnya .. apa jaminan Melayu .. mana IIslam dalam keadaan ini ? Sudah baca Hukum berBERSIH ini dalam sebuah buku Yusuf AlQardhawi yang menghuraikan terperinci segala hukum hakam dengan jelas dan detail sebelum pergi berdemo? Atau rela menjatuhkan melayu sendiri dan pergi beralih arah ke bukan Melayu?
Susahkah Melayu sesama Melayu bersatu? mana kita semua Melayu yang dulu .. sebelum Merdeka dulu? mana Melayu itu? mana wahai kawan-kawanku ...
No comments:
Post a Comment