Sunday 4 September 2011

garis-garis luka


lama sekali laman in tidak aku usik. apa khabar kalian smua. selamat hari raya maaf zahir dan batin ya;)

2011 tahun untuk aku mengubat sejarah luka yang ditinggalkan. cuba ke sana sini menyibukkan diri dengan hal-hal yang aku jarang sibukkan seperti dulu.alhamdulillah. banyak kenangan pahit dapat aku lupakan. walau tidak sepenuhnya, aku bersyukur, aku tidak lagi menangis di satu sudut gelap. aku tidak lagi menangis di bawah pancuran air. aku tidak lagi menangis curi-curi di depan kamu. dan aku juga tidak menangis lagi mengingatkan betapa kejamnya kamu. tidak lagi.

aku masih mencuba. cuma sejak semalam kau datang lagi dalam fikiranku. tadi juga. kamu masih muncul dalam bayangan mataku. kenapa susah sangat kau mahu pergi dariku? apa ada yang masih belum selesai antara kita?

pujuklah hatiku ini ya allah. bahagiakan aku dengan hidup baru di tahun ini. ku mohon pengertianMu.


2 comments:

pisau belati said...

setelah bahagia itu benar menjadi milik kamu,pastikan kau akan melupakan segala kesakitan lalu.....










pasti ada untuk kamu,tunggulah.

frozen smile said...

terima kasih pisau belati. terasa ikhlas kata2 kamu itu menyusup ke hati saya ;)