Sunday, 20 August 2017

Rasa dipergunakan

Bila rasa dunia ini kejam.
Kawan yang dianggap sahabat rupanya tidak boleh aku anggap dia sahabat.
Benar..
Aku tidak boleh jadikan mana mana rakan sebagai sahabat. Mereka bukan sahabat. Mereka hanya layak kekal kawan sahaja. Bukan sahabat. 

Friday, 8 November 2013

Secret ... a must watch Korean Melodrama 2013 !

Tahun lepas buat review citer Innocent Man. Tahun ni rasa terajin plak nak buat review "Secret" ;p haha!!

Anyway, citer ni sekarang dapat rating paling tinggi kat korea. Mungkin sebab saya ni penggemar karya Ramlee Awang Murshid, so citer yang berbelit2, tak boleh jangka punya storyline tu pilihan utama la kenapa drama ni jugak yang ditengok. Ini bukan macam kisah cliche drama melayu kahwin yg konon2 paksa pastu suka pastu gaduh pastu baik balik yang begitu bosan kat Malaysia skrg ni ye. Tapi kisah ni pasal manusia yang baik awalnya boleh jadi begitu jahat akhirnya, dan manusia paling busuk di dunia boleh berubah menjadi baik.

Drama ini cerita tentang bagaimana seorang lelaki yang jatuh cinta dengan seorang wanita yang dikatakan telah membunuh kekasihnya. Min Hyuk adalah seorang lelaki kaya yang mempunyai segala-galanya. Seorng yg lonely tp berpersonaliti kurang ajar dgn org tua, pemalas, hidup makan harta bapa dia je tanpa buat apa2 tetapi akhirnya mula berperangai manusia setelah terbakar dengan dendam apabila dia mendapati kekasihnya terbunuh dalam satu kemalangan langgar lari. Kerana dendam dia mencari rahsia sebenar yg berlaku di sebalik kes kematian kekasihnya. Dalam pencarian itulah dia bertemu DPP yang handle kes kematian kekasihnya yg tanpa dia sedari, DPP tersebutlah yang menyimpan punca kepada segala rahsia. Jeng jeng jeng. Hehe.

Isu utama yang timbul siapakah pembunuh sebenar dalam kes langgar dan lari yg dinyatakan di atas. Kalau mengikut akal di luar otak, saya rasa bapak Min Hyuk. Yang penting tinggal 2 jer lagi ... so korang2 yang blom tgok, silalah tengok. tak rugi. Kat malaysia tak jumpa lagi cter2 macam ni ;p

Thursday, 7 November 2013

makna sebuah hijrah dari seorang artis

Semalam tertengok rancangan selami jiwa kat astro oasis. Mula2 nak tutup je tv sebab dah pukul 12pm. Tapi ternampak Malek Noor dalam tu terus tak jadi tutup. Tersentuh masa Malek Noor cerita betapa dia seorang manusia jahil dan selalu melanggar perintah Allah sebelum dia berhijrah. Apa yang menarik, dia kata bukan senang untuk kekal istiqamah dgn hijrahnya itu. Semakin dia cuba untuk berubah, semakin kuat dugaan syaitan yang datang untuk dia kembali kepada sikap lamanya. Tapi rahsia mengapa dia masih kuat dan istiqamah, teguh dalam hijrahnya, adalah dengan membaca alQuran. Sebusuk mana pun perangai kita, sejahat mana pun kita, sekuat mana pun syaitan menggoda kita, dia pesan bacalah alQuran. Walaupun tak tahu makna dan hanya sekadar baca ... itupun dah memadai. Yang penting baca dan terus baca. Baca hari-hari. Cuba ambil masa dalam setengah jam setiap hari selepas tiap2 solat untuk duduk membaca alQuran sahaja. Lagi lama lagi bagus. Insyaallah, hati kita akan bersih dari hari ke hari walaupun sedikit demi sedikit. Insyallah, kita boleh menjadi baik dan berhati bersih dan dihapuskan sifat2 mazmumah dari dalam diri. Teringat kata2 seorang sahabat semalam, kita tidak boleh menghakimi buruk dan baik seseorang. Hidayah Allah boleh datang bila2 masa je. Kadang2 kita sekadar Islam dan bukannya Muslim tapi orang yang dulunya jahil tapi bila dia berhijrah, dia lebih Muslim dari kita yang hanya Islam tapi tidak menyelami Islam.

~sekadar berkongsi. Semoga tahun baru Maal Hijrah jadikan kita lebih istiqamah dalam menghijrahkan diri ke arah yang lebih baik~