Friday, 8 November 2013

Secret ... a must watch Korean Melodrama 2013 !

Tahun lepas buat review citer Innocent Man. Tahun ni rasa terajin plak nak buat review "Secret" ;p haha!!

Anyway, citer ni sekarang dapat rating paling tinggi kat korea. Mungkin sebab saya ni penggemar karya Ramlee Awang Murshid, so citer yang berbelit2, tak boleh jangka punya storyline tu pilihan utama la kenapa drama ni jugak yang ditengok. Ini bukan macam kisah cliche drama melayu kahwin yg konon2 paksa pastu suka pastu gaduh pastu baik balik yang begitu bosan kat Malaysia skrg ni ye. Tapi kisah ni pasal manusia yang baik awalnya boleh jadi begitu jahat akhirnya, dan manusia paling busuk di dunia boleh berubah menjadi baik.

Drama ini cerita tentang bagaimana seorang lelaki yang jatuh cinta dengan seorang wanita yang dikatakan telah membunuh kekasihnya. Min Hyuk adalah seorang lelaki kaya yang mempunyai segala-galanya. Seorng yg lonely tp berpersonaliti kurang ajar dgn org tua, pemalas, hidup makan harta bapa dia je tanpa buat apa2 tetapi akhirnya mula berperangai manusia setelah terbakar dengan dendam apabila dia mendapati kekasihnya terbunuh dalam satu kemalangan langgar lari. Kerana dendam dia mencari rahsia sebenar yg berlaku di sebalik kes kematian kekasihnya. Dalam pencarian itulah dia bertemu DPP yang handle kes kematian kekasihnya yg tanpa dia sedari, DPP tersebutlah yang menyimpan punca kepada segala rahsia. Jeng jeng jeng. Hehe.

Isu utama yang timbul siapakah pembunuh sebenar dalam kes langgar dan lari yg dinyatakan di atas. Kalau mengikut akal di luar otak, saya rasa bapak Min Hyuk. Yang penting tinggal 2 jer lagi ... so korang2 yang blom tgok, silalah tengok. tak rugi. Kat malaysia tak jumpa lagi cter2 macam ni ;p

No comments: