Semalam
tertengok rancangan selami jiwa kat astro oasis. Mula2 nak tutup je tv
sebab dah pukul 12pm. Tapi ternampak Malek Noor dalam tu terus tak jadi
tutup. Tersentuh masa Malek Noor cerita betapa dia seorang manusia jahil
dan selalu melanggar perintah Allah sebelum dia berhijrah. Apa yang
menarik, dia kata bukan senang untuk kekal istiqamah dgn hijrahnya itu.
Semakin dia cuba untuk berubah, semakin
kuat dugaan syaitan yang datang untuk dia kembali kepada sikap lamanya.
Tapi rahsia mengapa dia masih kuat dan istiqamah, teguh dalam hijrahnya,
adalah dengan membaca alQuran. Sebusuk mana pun perangai kita, sejahat
mana pun kita, sekuat mana pun syaitan menggoda kita, dia pesan bacalah
alQuran. Walaupun tak tahu makna dan hanya sekadar baca ... itupun dah
memadai. Yang penting baca dan terus baca. Baca hari-hari. Cuba ambil
masa dalam setengah jam setiap hari selepas tiap2 solat untuk duduk
membaca alQuran sahaja. Lagi lama lagi bagus. Insyaallah, hati kita akan
bersih dari hari ke hari walaupun sedikit demi sedikit. Insyallah, kita
boleh menjadi baik dan berhati bersih dan dihapuskan sifat2 mazmumah
dari dalam diri. Teringat kata2 seorang sahabat semalam, kita tidak
boleh menghakimi buruk dan baik seseorang. Hidayah Allah boleh datang
bila2 masa je. Kadang2 kita sekadar Islam dan bukannya Muslim tapi orang
yang dulunya jahil tapi bila dia berhijrah, dia lebih Muslim dari kita
yang hanya Islam tapi tidak menyelami Islam.
~sekadar berkongsi. Semoga tahun baru Maal Hijrah jadikan kita lebih istiqamah dalam menghijrahkan diri ke arah yang lebih baik~
~sekadar berkongsi. Semoga tahun baru Maal Hijrah jadikan kita lebih istiqamah dalam menghijrahkan diri ke arah yang lebih baik~
No comments:
Post a Comment