Sunday, 8 May 2011

pelangi semalam

sewaktu konsert pagi tadi, lagu yang dia pernah hadiahkan padaku dikeudarakan olehnya. perlahan, hati jadi sebak tapi tak mampu nak selindungkan macam mana lagi. tadi pula, dalam kepenatan pulang selepas keluar seharian, dia muncul dalam mimpiku lagi...

kadang2 aku tak faham kenapa dan apa perlunya kami ditemukan dalam keadaan yang unik ini..dah lama aku pura-pura menyibukkan diri agar tidak menangis lagi tapi sejak akhir2 ini, selalu pulak kau hadirkan dia dalam lenaku dan dalam imbasan sekadar sepintas masa saja. mahu apa dengan semua ini lagi ya tuhan? aku tak mau kenang semua itu lagi ..

kesakitan ini amat mematikan hati dan jiwa aku tuhan. buanglah dia jauh dari hidupku lagi. aku mahu mencari diriku yang dulu .. sebelum yang kenal pelangi. bolehkan?

4 comments:

Afiq Ah said...

semoga kau tabah dengan ujian Tuhan. ingat, Tuhan tahu yang terbaik untuk kita :) salam kenal ya.

frozen smile said...

tq afiq ah ...:)

slm kenal juga;)

fre da said...

maris
pelangi muncul tanpa kita duga.

frozen smile said...

ye ke fre da?
tp aku blom jumpa spnjg 25 tahun aku hidup

doakanlah aku blh dpt..itupun kalau ada