Monday 11 July 2011

titisan pelangi semalam

aku dan kamu menyimpan satu kenangan yang tak terungkap dek kata waima melalui hikayat sang sepurba kala mahupun novl-novel pujaan gadis yang biasa nampak stereotype saja ceritanya. kisah kita beda. sering buat aku senyum, nangis, ketawa, malah marah serta cemburu dalam diam. kadang-kadang pernah juga mahu bunuh kamu kerana kekejaman sifat kamu yang satu itu.


kini, kamu dan aku sengaja aku pisahkan temboknya. demi sebuah nama, aku menjauh. demi sebuah perasaan sang hawa, aku didik hatinya dengan membenci aku. dan demi sebuah kesetiaan, aku ajar dia makna cinta sebenarnya tanpa dia sedari.

menghilang lama, aku agak dia pasti sedang mencuba mencintai dia. menghilang lama juga, aku agak .. dia sudah faham makna hidup dan kasih sayang sebenarnya. menjadi hamba pada rasa, aku agak dia lupa bagaimana manusia buta pekak bisu lagi tenat jadi hamba pada rasa. bahagia? itu dengan kamu tapi bukan aku.

doakan aku. itu saja pintaku. pohon jangan lupa itu.
terima kasih.

1 comment:

Pembunuh Tanpa Bayang said...

ya,doa juga untuk kamu.