Friday 19 April 2013

anonymous dan silent reader


2 tahun aku bawak kereta tapi selama 2 tahun ni aku tak pernah skalipun isi minyak kete sendiri. biasanya kawan aku yang isikan atau aku biasa terus saja mintak tolong org stesen minyak je isi. bagi aku, lebih mudah dan selamat. tak perlu keluar kereta dan tak perlu risau orang akan masuk keluar kereta kita tanpa sedar seperti kes-kes yg byk berlaku skrg. dan lagi satu jugak, memang tugas org yg kerja kat stesen minyak tu lah yang kena isi minyk. habis, dorg hari2 pi keje buat apa...melepak?kira duit?gossipping?heh.

nak dijadikan cerita, tadi selepas keluar dinner dengan member baik, try la juga buat kali pertama isi minyak sendiri. sayang, terkial-kial jugak tangan ni nak bukak tank. haha..sebab takut dan risau, dengan nada tak malu aku memanggil seorang lelaki bersluar separa lutut yang sedang isi minyak tuk kereta dia. Dengan senyum manis sambil aku tinggikan suara sikit tuk tarik perhatian dia, aku berkata "abang, abang boleh tolong isikan minyak tak?saya tak retilaaa...", sambil senyum lebar.

abang tu senyum pada aku sambil memandang pelik. "hahh tak reti .. bukak lah tank tu dulu ke tak reti jugak", respon abang tu samil senyum2.

hoh. hahahha. malu jugak nak mengaku tapi aku memang tak reti. belasahlah.

nasiblah abang ni baik siap ajarkan aku guna. part card credit aku yang tak dibaca tu pun dia checkkan. haih baik abang ni bisik hati akulah. risau jugak kot2 dia larikan kad kredit aku jenuh jugak. alhamdulillah, dia sangat baik dan isikan sampai lah rm30. ok la tu. walau kami saling tidak mengenali, aku respek dia sudi tolong aku yang tak reti apa2 ni sedangkan aku nampak dia macam mengejar masa. jika semua rakyat malaysia bersikap begini mesti aman dunia kan?hmmm ...


ohhh .. itu kisah anonymous di dunia nyata.
berbalik kepada anonymous atau anon di alam maya, aku rasa mereka ni lebih jujur dalam memberi komen. kadang2, walau aku ingin tahu siapa yang memberi komen, aku masih respek hak privasi mereka kerana aku tahu ... mungkin, mereka takde blog, atau kalau ada blog pon, blog mereka agak peribadi untuk dikongsi. saya rasalah. rasa.

untuk anon yang berikan komen dalam blog saya ini, terima kasih.
kalau tak segan, meh la kita berkenalan. mana tau boleh jadi kawan? hihi.

1 comment:

Anonymous said...

:D