Wednesday 20 March 2013

mencari bahu

tidak pernah terasa atau tidak pernah menangis bukan bermaksud kita tiada perasaan tetapi kerana letih sekalipun kita beritahu dunia apa yang kita rasa, manusia akan kembali menyalahkan kita balik tentang apa yang kita rasa sedangkan hakikatnya tiada yang memahami pun apa yang sedang kita rasa kerana mereka bukan berada di tempat kita. sebetulnya, hanya Allah yang memahami segalanya walaupun rasa itu secebis pintasan angin sahaja di dalam hati. Kuatlah, itu sahaja senjata yang kita ada.

(menangis dalam hati)

kering rasanya air mata kerana selalu sahaja saya tidak pernah dapat luahkan apa yang saya rasa. saya tidaktahu meluahkan perasaan kepada siapa-siapa hatta kepada kakak, adik, kawan2 rapat. abah apatah lagi. saya tidak pernah sepanjang 26 tahun hidup di muka bumi ini, memangis dalam pelukan siapa-siapa, menangis di bahu siapa-siapa hanya untuk meluahkan apa yang saya rasa. kalau arwah ibu ada, saya pun tidak tahu adakah saya akan menjadi saya yang sekarang. yang ego, kuat, berpura-pura, buta rasa dan perasaan. saya ingin sekali menangis di bahu seseorang, tapi saya tidak reti, tidak pandai, buntu untuk melakukakannya. pathetic ke saya? saya cuba tapi saya masih tidak boleh mengalirkan air mata melainkan dalam hati sahaja. 

saya mahu menangis. di bahu seseorang. tapi bolehke sesiapa memahami apa ujian ini dan bagaimana saya perlu harungi rasa ini. kenapa saya rasa manusia keji dengan menempelak saya terhadap apa yang saya rasa.

1 comment:

Anonymous said...

cuba cari seorang teman yang awak yakin awak boleh luahkan segalanya. trust me, awak akan rasa lega, SANGAT. walau apapun, Dia sentiasa ada untuk dengar apa yang kita rintihkan. Be strong, girl.

ive read most of your entries. penulisan awak sepertinya menusuk telus dalam hati saya. sepertinya baca diari sendiri, tapi hasil tulisan datangnya dari a total stranger. Teruskan menulis.